RSS Feed

Ilmu Roda Putaran Ba

Posted by Tenteraangin Labels:

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam bab ini, akan diterangkan mengenai ilmu roda putaran Ba. Ilmu ini digunakan untuk membuatkan poket agar tidak pernah kering dari duit. Ini bukanlah ilmu untuk menjadi kaya sekelip mata, tetapi hanyalah usaha untuk memberkatkan duit yang sedia ada. Terpulang pada ALLAH yang Berkuasa. Tatacara untuk membuat ilmu ini ialah :-


  1. Baca Alfatihah sekali, selawat 11 kali dan istighfar 11 kali
  2. Lukiskan rajah roda bulatan ba dari Asma ALLAH yang bermula dari huruf Ba
  3. Lukis atas kain
  4. Gembol dan jahit kain tersebut 
  5. Selang selikan menyebut LAILAHAILLAH dan MUHAMMADAN RASULULLAH setiap cucukan jarum
  6. Selesai sahaja habiskan, baca surah AL Kursi sebagai penutup
  7. Letakkan kain tersebut di dalam poket.
Selesai sahja bertawakkallah pada ALLAH. Biar lah ALLAH yang menentukan sumber rezeki kita. 

Rajah Roda Putaran Ba


11 comments:

  1. Uncle Dyn

    Besar mana kainnya itu?

  1. Tenteraangin

    kain tu kalau boleh, muat-muat poket la.. agak2 besar cam sapu tangan da memadai

  1. Anonymous

    if atas kertas bole x?

    wasalam

  1. Tenteraangin

    kalo boleh ... atas kain la..sebab kertas senang koyak

  1. Anonymous

    boleh ke bwk msk ke bilik air?

  1. Tenteraangin

    tak boleh masuk tndas... sbb ia ayat quran

  1. Anonymous

    bolih bawa masuk tandas asalkan jgn terdedah aja inikan di masukan ke poket dah tertutup tak terdedah tak ada masaalah pun bolih aja sedara.Abang chik.

  1. Anonymous

    Ada sesiapa ingin comment akan berkesanan ilmu ini?

    Ada yang sudah mencuba?

  1. karl

    Salam,

    berkenaan penggunaan tangkal yang macam ni, ada perselisihan pendapat tentang boleh atau tidak menggunakan tangkal yang tertulis ayat suci Al Quran.

    Walaubagaimanapun saya berpendapat lebih baik sekiranya amalan ini tak diamalkan. Lebih afdal sekiranya kita, hamba Allah memanjangkan doa terus kepada Allah berkenaan hajat2 kita, kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Wallahua'lam

  1. Anonymous

    nak tanya sikit, istighfar ada banyak ayat kan?
    Boleh saudara sepcify ayat mana tuh?
    tq

  1. Anonymous

    Ya, saya setuju dgn sdra karl. Berdoa, berzikir, solat fardhu dan banyakkan solat sunat spt solat sunat Dhuha, solat hajat, solat taubat dsb. Sebab nabi tak pernah gunakan azimat dan tangkal untuk satu2 tujuan

Post a Comment