RSS Feed

Ilmu Menyumpah Kawasan.

Posted by Tenteraangin Labels:



Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini saya akan mengajar sebuah ilmu yang agak bahaya. Ilmu ini digunakan untuk menyumpah satu petak kawasan agar sesiapa yang memasuki kawasan tersebut akan merasa sakit-sakit seluruh badan. Ilmu ini digunakan untuk memberi peringatan kepada orang zalim terhadap perbuatan dia dan membuatkan dia bertaubat lantas menjadikan dia ahli Syurga. 

Ilmu ini memerlukan anda mengesahkan orang tersebut benar-benar zalim. Bukan zalim atas persepsi anda sendiri. Mestilah disokong oleh persepsi masyarakat dan orang-orang yang dipercayai. Apabila sudah mengesahkan bahawa dia seorang zalim, baharulah praktikkan perkara dibawah :-

                           


  1. Membaca Al Fatihah sekali, selawat 11 kali, istighfar 11 kali..
  2. Tuliskan Surah Ar Rum dari awal hingga akhir dengan berbaris di atas kain putih.
  3. Masukkannya dalam sebuah botol kaca .
  4. Tutup botol kaca tersebut sambil baca ayat kursi. 
  5. Masuk ke laman rumah orang zalim tersebut 
  6. Tanamkan botol tersebut di laman rumah dia. 
Diingatkan, apabila si zalim sudah berubah, lekas-lekas keluarkan botol ini dari laman rumahnya. Bimbang jika sakitnya berterusan walhal dia sudah insaf, anda akan menanggung dosa yang berat. Selesai sudah, bertawakkallah pada ALLAH yang Satu..

Selesai bab Ilmu Menyumpah Kawasan


0 comments:

Post a Comment