RSS Feed

Ilmu Mengikat Orang Jauh.

Posted by Tenteraangin Labels:

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada kali ini, saya akan menerangkan mengenai ilmu mengikat orang jauh. Ilmu ini sangat sesuai untuk bagi sesiapa yang akan keluar dari rumah untuk perjalanan yang jauh, ataupun mereka yang ingin memasuki hutan.Ikuti tatacara dibawah bagaimana untuk melaksanakan ilmu ini.


  1. Baca Alfatihah sekali, Selawat 11 kali, Istighfar 11 kali
  2. Tuliskan kalimah syahadah diatas kain putih dengan dakwat merah atau hitam
  3. Jika boleh, dakwat yang sukar untuk ditanggalkan
  4. Kemudian dua ayat tersebut diceraikan antara satu sama lain. 
  5. Gembolkan kedua-dua ayat tersbut, jahit mati.
  6. Setiap kali menyucuk jarum haruslah menyebut LA ILA HA ILLA ALLAH
  7. Cucukan seterusnya menyebut MUHAMMADAN RASULULLAH
  8. Ulang hingga habis jahitan.


Akihr sekali, berserahlah pada ALLAH. Kain yang mengandungi ayat pertama haruslah anda pegang. Kain yang lagi satu diletakkan di dalam rumah atau diberikan pada teman. Dengan berkat ALLAH, pemegang kain ini tidak akan berpisah jauh, malah akan bertemu jua. Sebagaimana ayat Syahadah yang tidak boleh berpisah antara satu sama lain. 

Selesai bab Ilmu Mengikat Orang Jauh

0 comments:

Post a Comment