RSS Feed

Asas Mempelajari Ilmu Ghaib

Posted by Tenteraangin Labels:

Di atas permintaan ramai, blog Sihir, Saka , Jin dan Syaitan telahpun ditubuhkan. Saya akan menerangkan asas-asas mempelajari Ilmu Ghaib.

Didalam mempelajari Ilmu Ghaib, anda hendaklah mematuhi satu syarat yang mudah tetapi sebenarnya mempunyai makna yang mendalam. Syarat tersebut ialah:-

Berikrar dalam hati bahawa hanya ALLAH yang memberi manfaat dan mudharat, tiada kuasa selain Dia, Hanya Dia sumber Rezeki, hanya Dia sumber Bala. Percaya bahawa ilmu ghaib adalah salah satu cabang usaha untuk memenuhi hajat, bukan hanya satu-satunya cara memenuhi hajat.

Saya sarankan selepas anda membaca ikrar tersebut, anda fikirkan maksud ayat ini selama sehari. Berilah masa kepada akal anda, jiwa anda memahami apa yang bakal anda pelajari, bukan dengan membuta tuli mempelajari ilmu ini secara melulu.

Selesai sudah tempoh sehari untuk anda menyelaraskan akal, jiwa dan emosi anda mengenai ilmu ghaib, bermakna diri anda bersedia untuk mempelajarinya. Di dalam ilmu ghaib terdapat tiga fasa asas yang bakal anda lalui.
  1. Fasa Pertama = Pembersihan Hati
  2. Fasa Kedua   = Pengamalan
  3. Fasa Ketiga   = Tawakkal dan Pasrah
Fasa Pertama (Pembersihan Hati)

Didalam tempoh tiga hari sebelum mempraktikkan ilmu ghaib anda diharuskan :-

  1. Menghindari daripada memakan daging atau benda berdarah
  2. Menjaga diri dari dosa kecil atau besar
  3. Menjadi sangat kurang bercakap (Cakap bila perlu sahaja)
  4. Banyakkan beristighfar. 
Mengapa perkara sedemikian harus dilakukan? Mudah, ianya untuk menyucikan hati dari kotoran dosa. Perut adalah gudang kemalasan manakala mulut adalah sumber kejahatan. Hati perlu suci dari dosa supaya mudah untuk ALLAH berkenankan doa kerana rahmat ALLAH itu cahaya dan cahaya tidak boleh turun ke dalam hati yang gelap. 


Fasa Kedua (Pengamalan)

Di dalam fasa ini, anda akan melakukan ilmu ghaib seperti yang dihajatkan oleh anda. Seperti yang saya janjikan, saya akan ajar

  1. Ilmu Pendinding Api
  2. Ilmu Mengikat Orang Jauh
  3. Ilmu Meleraikan Ikatan
  4. Ilmu Jubah Takathur
  5. Ilmu Roda Putaran "Ba"
  6. Ilmu Penunduk Orang Zalim
  7. Ilmu Menyumpah Kawasan
Perkara ini saya akan terangkan di bab yang berasingan.. Disini saya ingin menekankan asas sahaja.

Fasa Ketiga (Tawakkal dan Pasrah)

Di dalam fasa ni anda hendaklah berserah bulat-bulat pada ALLAH, Redha dengan segala ketentuannya. Sekiranya ALLAH beri, bersyukurlah, sekiranya ALLAH tidak mengizinkan, sebenarnya ALLAH sedang merancang sesuatu yang sangat hebat untuk kita. Bukankah kita ini hamba? Layakkah kita meraung-raung apabila hajat tak kesampaian? Sebagai hamba, kita hanya mampu merayu , bukan memaksa. 

Disarankan selepas sahaja membuat amalan ilmu ghaib, berdoalah menghadap kiblat dengan memuji-muji nama ALLAH, bertawasul dengan Nabi Muhammad dan amalan kebaikan kita, lalu, panjatkan doa agar ALLAH mengkabulkan setiap usaha kita. Sebagai contoh..

Ya ALLAH, Tuhan kepada segala Raja, Yang memegang Ruh segala MakhlukNya, Yang Memiliki Perbendaharaan yang Maha Luas, Aku memohon pada mu Ya ALLAH, dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan berkat amalan ku menolong kucing dalam kesusahan, agar mudahkanlah aku dalam mencari rezeki Mu Ya ALLAH. 

Pilihlah amalan yang serasa kita, amalan itulah yang terbaik bagi kita. 

Sekian ... Untuk Pelajaran Asas Ilmu Ghaib

0 comments:

Post a Comment